“Mulia gilak ka miak Ultras ya?”

IMG_20141208_104253

photo from sportsylo blog

Sememangnya sik lah miak ya mulia. Namun, ada jurang besar antara ultras dgn orang dudok nanggar ball dalam stadium.

Football dalam Malaysia tok dah lamak dolok lagik. jaoh lebih dolok dari Malaysia merdeka. Permainan yang diembak masok definitely dari penjajah kerana permainan tok amat terkenal di Eropah dolok-dolok lagik.

Atas padang ya 22 pemain, tp untuk memeriahkan lagik sebuah permainan, semestinya ada spectator yang nanggar macam ne game ya dimain. akhirnya wujud penyokong 11 atas 11 yang lain.

jadinya, penonton yang mulanya menonton jadi penyokong. dolok, urang menyokong sekadar memberik laungan semangat. as time goes by, wujud minat yang mendalam sehingga menjadikan penyokong ya sebagai elemen@pemain ke-12 sekira ingin kuat.

elemen ke-12 tok juak turut berevolusi, membentuk sekelompok peminat yang fanatik atau bahasa mudah nya “in-to” dengan team. kelompok peminat tok secara am sorang-sorang, tp kerana kehidupan bersosial di luar membolehkan sidak tok dapat berkumpul membentuk kelompok yang banyak.

Dari sudut pasukan @ pemilik kelab, daknya tok suka molah barang nok ‘seakan-akan’ fanatik fans tok. jadi wujudlah kumpulan sorak yang kita salu tanggar dan selalu sebut as fan club. bak kata urang, sidak tok ada ‘pump’ ada bunyi, sekda ‘pump’ sik jadi. dak tok sekadar untuk molah suasana seakan-akan macam penyokong tegar.

daknya penyokong, tapi sekadar suka nanggar team menang ajak lah. sampekan ada fan club yang bergantung harap dengan fund untuk bergerak. ibarat bekerja makan gaji. sebenarnya bukan salah daknya, tapi ‘cara’ yang ditunjuk dengan daknya macam ya, jadi daknya pun pikir semua barang macam ya.

Nak dijadikan cerita, 10tahun kebelakangan tok, wujud sigek group penyokong moden (cerita di Malaysia ajak to…. dalam dunia jauh lebih lamak dah barang tok) yang dikenal sebagai “Ultras”.

Ultras tok penyokong yang terang/focal, vocal dan loyal. sidak tok ibarat ancaman pertama dan terakhir pasukan lawan. sungguhpun sebuah team ya lemah, tp bila ultras nya kuat, team ya ibarat team superstar.

apa yang terjadi di Malaysia adalah ultras tok diliat sebagai penjenayah bolasepak.
Sebabnya- tiga perkara tadiklah. focal-vocal-loyal.

Kinek tok, banyak pemain akan rasa binggung bila Ultras sik datang stadium. seakan-akan roh pasukan nya hilang. especially mun main di tempat dirik pun.

Secara psikologi, ultras adalah motivasi kepada pemain. Penoh sigek stadium, tapi bila curva sekda, dak pemain akan tercarik-carik. Dudi urang lain dicarik daknya. Ultras dolok.

sebab daknya tauk, sidak ultras berkorban demi untuk nanggar daknya menang. terima kasih kepada media sosial dan teknologi kinek tok. dari sia dak players tok tauk juak perkembangan sidak ultras tok.

Menang adalah hadiah daknya pakey penyokong especially ultras. Kalah adalah kekecewaan untuk kita semua. sebab ya sendu jak nanggar players mbak muka malu ngadap penyokong especially ultras.

Dalam pada ya,  wujud juak pecahan-pecahan penyokong yang seakan-akan ultras, tp sebenarnya sekadar makey elemen ‘setia’ untuk ideologi lain. Berapa banyak nemiak yang madah ‘ultras’ tapi hilang dalam radar. bukan nya berbelas, bukan nya berpuluh, tapi ribuan. hilang. kerana apa? minat… tp sik dilayan urang, sik up, agenda dalam agenda sik berjaya, akhirnya ilang tinggal gia ajak…

wujud juak satu fenomena dalam Malaysia tok, bila barang angkat semua nak di ‘ultras’ nya. majlis nikah ada ultras, yb datang ada ultras, sampe lombak perauk pun mintak ultras.

yalah, barang tok bukan barang main-main. tok semua minat dan menjiwai minat ya. ada kelompok ‘ultras’ tok sanggup untuk melayan request pelik-pelik tok, akhirnya daknya terlecok juak. sebab objektive ke-ultras-an nya hanya kerana ‘trend’ bukan kerana passion terhadap pasukan sekadar suka ngetok drum, menyanyi dan mendapat publisiti.

Apa-apa pun bait ultras ka spektator ka, jalan hujung nya tetap sama. menyokong pasukan kesayangan. tapi dalam keadaan tertentu, ada dikalangan kita perlu juak belajar untuk saling menghormati dan menghargai.

Apa yang terjadi Malam Final Sukan Sea 2017, dapat jadi pengajaran kepada kita semua mengenai sikap kita. bait positif atau negatif. Sedih sebenarnya, bila kita nanggar setelah team kita jaoh sampe ke final, akhirnya kita jadi second best dan stadium kita secara sik langsung ‘dirogol’ oleh pasukan lawan.

urang yang biasa berada di dalam stadium ya, udah awal-awal di suruh surrender kerana sik dapat akses kerana sik dipedulikan dan sering dilihat negatif. Sorang pun sik berminat untuk membantu dan sekda urg pun yang mahu tampil untuk membantu.

Bukanlah untuk menagih simpati, tetapi sedikit penghargaan patut diberik dengan ultras tok. 70K penyokong sikkan sama dengan projection, energy dan chanelling sekolompok kecil yang biasanya duduk di sigek sudut dalam stadium. dan Chanelling tok mampu untuk mengajak 70k yang lain untuk turut serta.

Dan barang  tok pun turut diakui oleh pemain-pemain Malaysia sendiri…

 

** photo courtesy : stylosport.blogspot.com

Advertisements

charitable

Posted in general

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

August 2017
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
yg lepas
%d bloggers like this: