Cerita Tepi Padang.

Posting ini tok bukan lah sesuatu yang kontroversial. Biasa ajak. Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman tentang bolasepak Sarawak yang tengah hangat memperkatakan isu match fixing yang dah meledakkan ‘spark’ kemarahan banyak pihak terhadap pengurusan bolasepak Sarawak.

Sebelum 2009, FAS sebenarnya telah terkubor. Sik payah kata apalah, dah dipadah muflis kerana bebanan hutang sana-sini pakey support team football Sarawak yang nyata dah ditinggal oleh semua urang.

Pengurusan masa ya berdepan saat-saat sukar sampekan ada yg sanggup up-front dolok duit dirik pun pakey cover expanses kerana still maok nak go-on dengan league waktu ya. arum bulak sekda fund lain bergantung dgn sponsorship dari kerajaan negeri dengan fund dari FAM.

Kutipan tiket nang sek ada lah. Sebab bukan stakat Sarawak ajak, semua tempat pun ada masalah sama. Football Malaysia sangat ‘tercemar’ waktu ya.

Sampelah 2009, usaha untuk merevive ball Sarawak setelah urang rami terkejut tentang berita sakit tenat FAS.  Sebab atas dasar teringat cerita mensia Ngap Sayot dan Bujang Senang lah rasanya  terdetik hati urg kuat Sarawak waktu ya untuk nyuruh Datu Sudarsono Osman duduk di jawatan Presiden Ball Sarawak.

Dipilih, proses yang biasa dalam persatuan namun ada pembaharuan. Di polah FAS-FMG pakey revive ball Senior team Sarawak- ibarat nubuh sebuah kelab ball baru under FAS.

Dibawah FMG, Sarawak mula angkat. Kendalian Hj Zaki Sheikh Ahmad ngidup balit ball Sarawak. Rami dah urang balit ke Stadium.

Dari berpuluh jadi beratus. Ya pun dah cukup meriah. Maka di sia tumbuhlah group fb kamek org: sayotters Sarawak fans Network. Antara satu dari berbelas usaha fans Sarawak nak nyuruh urg balit ke stadium termasuklah beberapa group lain, ada yg masih ada, ada yg dah sik ada kinek tok. Semuanya dari facebook dan juak forum  online, ada juak group scooter yg nak ngembak geng nanggar main ball di stadium.

2011,  Masok kita ke Piala Malaysia setelah berapa lamak sik merasa. Dalam kempen tok lah tercetusnya idea “curva” baru- ngumpul semua group fans Sarawak yg kecik2 ya duduk sama disigek tempat dalam stadium. Sak jadi banyak. Dipolah chant,  mbak drum,  mbak horn.  Kiak-kaong berlagu kedak urg sik betol tegal nak nyokong Sarawak.

Sampelah kinek tok benda tok berevolusi. Dari sikit jadi rami, dari rami jadi sikit dan 2018 yang sikit tok tinggal mereka yang benar-benar masih ada minat ngan ball Sarawak. Bukan nak madah urg lain sik minat, tapi GB13 dah Berjaya molah channel nya pun untuk membantu ball Sarawak.

Tetap sama juak. Disalah erti. Dipadah nak lebih2. Tapi hakikatnya selepas hampir 7tahun, 2 kumpulan kepimpinan FAS tetap gagal ngembak Sarawak kecuali sigek jak cup yg kita ada-Juara Liga Perdana 2013.

Sidak dalam FAS berlagak jak madah sidak molah kerja semua, tapi daknya sik pernah mikir apa usaha urang lain untuk ngembak urang balit ke stadium. Propaganda, tshirt merah, chant di waterfront, apa indah. Dan macam ne GB13 berjaya ngangkat fenomena ‘baju merah ke stadium’. Sokongan padu ya bukanlah 100% bergantung kepada prestasi pasukan tapi ada faktor lain juak yang nolong untuk team Sarawak.

Kita sama-sama ngangkat ball Sarawak, kita tok sama- urang Sarawak. Buktinya, Saat Sarawak tengah down, berapa banyak urg yang masih positif. Tapi benda tok sik didiat oleh daknya dan boleh lagik mendakwa sekda penyokong senang kerja FAS.

Ya kata urang kerja FAS. Kata tuan presiden nya lain. Mun boleh mintak tulong juak ngembak urg ke stadium. Dilaksanakan kamek orang juak walaupun tauk benda ya mustahil tapi gohead ajak. Kerana Sarawak.

Mendakwa bagus Urg sik turun stadium ya, ya adalah cerita urang main liga kampong. Team yg sekda committment. Players diberik duit makan nasik ayam ajak. bukan gaji puluh ribu.

Kinek tok jaik2 sepalak players mkn gaji sebulan rm4k. ada sampe 100k pun ada arum bulak. Macam ne kita nak madah penyokong sik penting? Penyokong la meli tiket untuk support gaji players ya. Jaik2 pun bayar lampo stadium.

BIla players dah makan gaji ribu-ribu, bukanlah daknya  ya players biasa. Professional lah ya. Spenuh masa. Periuk nasik nya ball. Jangan lah dirusak sukati-sukati. Silap FAS bila mengabaikan penonton, sponsorship pun sik maok masok. Gaji players pun sangkut2.

Sblm tok nya sik Nampak, tapi makin lamak makin pincang. Maka yg jadi mangsa nya team kita seolah2 bergantung sik bertali. Kita ada 25 pemain professional yang perlu diurus dengan professional. Belum termasok coach lagik, kelengkapan lagik.

FAS ya persatuan. Persatuan ne boleh berbusiness tentulah nunggu duit berik urg baruk ada duit. Tiket ya kira sumbangan urang rami dengan team. Sponsorship akan masok mun urg rami nanggar. Sebab ada commercial value. Tok lah modern football. Business bah.

System ya ada dalam FAS ya bagei ada badi kerana tiap kali pertukaran kuasa mesti last term ya ada ninggal taik. Bukan sorang ajak tapi dekat nak semua ex-presiden FAS jadi jaik lepas abis term.

Tahun tok idar datuk posa majais gik jadi mangsa. Belom abis term, dah Nampak dah ‘soon to be’ taik di sia. Well, yalah perlu diubah. Ball kita sik dpt lagik main cara lamak. Kita kenak molah cara baru.

Kerana apa, apa yang ada pada waktu tok semua ninggal taik. Lesen tinggal taik, gaji tinggal taik, scouting import pun tinggal taik. Kita sik bergerak secara total professional.

Sebenarnya barang tok semua Sarawak sekda. Termasuklah stadium sendirik. Bukanlah menyalahkan FAS sikdpt nyedia prasarana tetapi kerana duit kita sik sampe ke sia. Gym pakey gym urang, stadium milik perbadanan, sampe urg jaga tiket pun urg volunteer nak nulong. Makan gaji elaun.

Setiap tahun duit  yang masuk ke tabung FAS cukup-cukup untuk membayar duit gaji, tiket terbang  turun nait, sedikit untuk merik badan gabungan, sedikit lagik pakey so called pembangunan. Boleh kata 100% dipakey untuk operational tanpa baki. Jadi macam ne lah kita nak meli asset?

Apa urang madah, apa best gilak GB13 ya cakap ajak, ngerja sik pande. Jangan cakap sombong. Kamek org bukan sik ada nak nulong  Sarawak. Udah ditulong, tapi oleh kerana perwatakan mudak kmk orang dilalu urang ajak idea. Bahkan idea dicuri diolah balit pakey kepentingan dirik pun ada. Akhirnya, kerja nya jadi sik tentu pasal sebab sik paham kerana barang yang reka-semula dengan ‘duit’ bukan passion.

Benda macam tok dah boleh dipadah gejala. Semua nak disalah guna. Bukan setakat persatuan, bahkan ada penyokong pun ambik kesempatan juak. Memang sik salah nak molah nama, tapi biarlah cara nya betol mun stakat nak main numpang ya iboh jak. Yang mangsa nya urg yang benar-benar molah barang ya untuk jadi. Polah jak benda lain, banyak gik cara lain nak molah nama. Udah sorang, sorang jak lah. Kreatif bah kata urang.

Secara dasarnya kelemahan utama team kita Sarawak waktu tok adalah dana dan pengurusan. Estimate kasar untuk menggerakkan team Sarawak ya adalah sik kurang RM5juta setaun.  Untuk team senior ajak ya. Ya pun masih makey sistem kinek tok, players +coaching +sukarelawan. Mun makey permanent/contract staff gine ndak kah.

Sebab ya kita perlu carik dana pakey ball Sarawak. Lepas ya kaedah pengurusan juak perlu diubah. Perlu ada struktur lengkap dan perlu dimasok SOP dan ISO di sia.

Kinek tok kita sekda berisik semua ya. Semua ikut rasa, budi bicara dengan buah fikiran 3sang pemengang jawatan. Mun nya rasa ok, gohead ajak. Tanpa ada guideline atau procedure lengkap. Procedure pun procedure pakey nyelamat dirik pun. *kobek*

Operational nya out lah bila sekda pengurusan betol. Ibarat meli komputer tapi sekda Microsoft Word. Pakey tanggar ajak dgn pakey main solitaire. Ujung2 burok kedak ya ajak. Karan(kira dana kita lah) pun abis bila ditandah on. Ada Komputer tapi sik dpt dipakey. Kira anology nya lah.

Oleh kerana dengan adanya GB13, kmk orang ada kesempatan berkelakar dari atas sampe kedebah urang dalam FAS ya. Dari urg yg benar2 nak ngangkat ball Sarawak sampelah ke urang nangkap kantau dalam ya, Inshaa Allah kamek orang tauk.

Sik payah nak berlakon lah. Action is louder than word  kata urang putih madah. Bila padah lain jadi lain ya tauklah kita barang ya benar kah isik. So let it be. Bukan urusan kita nak nilai hati budi urang tapi bila dah tauk ya, biar kali ya jak lah kita berusan barang ya. Barang lain ya cerita lain.

Yang penting waktu tok, biarlah outline FAS ya diubah. Sebab lepas Datu Sudar take over nya dah molah FAS-FMG yang sepatutnya mengurus team kinek tok. 2017 pertukaran kuasa FAS, nya nyerah FMG kepada FAS tetapi sidak sik berani kerana sekda audit trail perjalanan FMG ya. Sememangnya pelbagai tuduhan dilemparkan bila barang sik jelas.

Dengan adanya entiti yang boleh kita padah ‘club’  tok kita boleh nanggar dengan jelas profit and loss team, ada chart organisasi, ada marketing arm- bukan mcm marketing arm FAS kinek tok mintak sponsor jak and molah kerja marketing ringan2…tapi marketing business, kita nang berjual barang, promote team, ada set merchandize yg  Sarawak akan gain duit ya. Bahkan penyokong pun boleh meli saham team pakey sponsor team.

Bila dah ada tok semua, baruklah lesen kita lepas. Lepas ya kita ada team professional ball Sarawak. Tok sampe bila nak harap makan ‘bersuap’ ajak2. Malar nunggu dana kerajaan negeri ajak2.

Datuk Posa dikhabarkan dah berbelanja lebih sejuta pakey duit dirik pun untuk FAS, yang secara peribadi kamek rasa sik wajar kerana nya presiden yang sepatutnya carik dana bukan berik dana dengan FAS. Berik secara personal ya dah boleh melanggar etika nya sebagai presiden. Boleh jadi ada conflict of interest di sia.

Ada beza carik dana dgn berik dana. Tok istilah yang susah nak dikata, waima merik ikhlas hati tapi sik wajar nya merik duit ke sia tanpa sebab kerana FAS ya bukan haknya. Sekiralah masok balit duit tajaan dalam FAS kelak adakah sponsor ya dipakey utk ganti duit yang diberik oleh Posa Majais sebelum tok? Mun mcm ya balit ke-0 lah akaun FAS.

Sebab yalah kuat kamek madah pengurusan FAS ya perlu ditukar. Nok barang macam tok lah sekda urang ngurus and merekod dengan betol.

Ball kinek tok dah jauh beza dengan ball mensia. Kinek tok ball dah professional. Nama ya dimbak nya, jadi sigek brand. Macam ne JDT maju sebab daknya mecah dinding ya. Kita tok malar bisin maok menang tapi cara untuk kita menang ya sik ada.

Ada cara, tapi cara nk menang Liga Maghrib la. Mun nak menang Liga Perdana atau Liga Super besar lagik pengorbanan nya.

Bersambung…

Advertisements

charitable

Posted in general

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Instagram
February 2018
M T W T F S S
« Dec   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  
yg lepas
%d bloggers like this: