Loyar Muka Pintu

IMG_2370

Demam pilihan raya sememangnya dah terasa. tambahan lagik udah pun siap hari pencalonan untuk PRU14. ternyata banyak tempat ada pertandingan, sama ada satu lawan satu, tiga penjuru, empat penjuru, dan berpenjuru-penjuru jak urg nak bertanding.

13 kali dah Malaysia mengundi, dan kelak akan berlangsung pemilihan yang ke-14 untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui Malaysia untuk 5 tahun yang akan datang. dan rata-ratanya kinek tok yang tinggal adalah kebanyakkan nya generasi yang lahir di era 40an, 50an, 60an, 80an dan 90an yang akan bakal menentu nasib Malaysia selepas tok.

Kebanyakkan orang tua-tua yang pernah melalui zaman-zaman perit sebelum merdeka dah sekda lagik dengan kita. Apa yang jadi sebelum merdeka or yang patut kita kata ‘sebelum Malaysia’ dah sekda lagik. jadi tinggallah anak-anak muda di era 70an-90an untuk menunjukkan kebijaksanaan anak-anak pasca merdeka.

Selepas 1965, kita di Malaysia tok kiranya hidup aman. Sekda pergolakkan politik dan sebagainya, sampelah 1998, Tahun yg menyaksikan urg Malaysia berjaya sampe ke Everest, Terbentuknya Putra Jaya dan Kegemilangan Sukan Commonwealth ’98 di Kuala Lumpur.

Reformasi vs Kroni

Banyak nemiak kinek tok sik sempat nemu zaman ya, zaman Tun Mahathir muang Anwar Ibrahim. Zaman Reformasi. ada pun mungkin lagik maseh biak utk mikir hal politik2 mcam tok.
Lepas ya, sekda juak yang nemu zaman Tun Dr. Mahathir ngumum meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO sampe nya dipadah “Jangan Datuk Seri”, menangis sigek Dewan PWTC.
Lekak ya, Sekda juak nemiak kinek nemu mcm ne Lim Kit Siang, Mendiang Karpal Singh, Anwar Ibrahim & barisan kepimpinan keadilan nganok Mahathir berisik Kroni menguasai Malaysia, tua sik sedar dirik, dan macam-macam lagik lah ke-kuku besi-an Tun Mahathir.
Dari dolok aku percayak Tun berada di tempat yang benar. Apa dipadahnya bukanlah helah. Semua kita dpt nanggar apa yg jadi dengan Malaysia selama 22 tahun nya jadi Perdana Menteri. Setiap tindakannya tepat dan memberik kesan.
Nya sik takut risiko, rasanya baginya, apa yg betol, yalah betol.
Hakikat sebenarnya, Tun Mahathir sik payah berpolitik pun nya dah jadi somebody dalam Malaysia. Najib Razak pun dolok anak didiknya, tapi nya sik maok ngakuk najib anak didik nya kerana Najib sik maok nenggar katanya, akhirnya nya memilih utk sehaluan dengan Kit Siang & Anwar.
Urg belakang sidak tok pun nerimak Tun dan memaafkan Tun. sebenarnya rakyat Malaysia kita tok pemurah dan pemaaf kah?
cuma rasa pelik. Tun dapat di Maaf, Najib? Barisan Nasional?
Kita ada lima tahun sekali untuk memilih, jika memaafkan itu amalan mulia, maafkan lah. Byk pembangunan dah di diat depan mata. Jangan dengar omong kosong, tp perhati dengan mata.
Secara peribadi, saya berpendapat kita sik perlu pun menukar kuasa dari Barisan ke Pakatan, kerana ASAS Malaysia itu sendiri. ASAS Malaysia hanya ada dipegang oleh Barisan Nasional yg asalnya dari parti Perikatan yg membentuk Malaysia. Sekira sekda Perikatan dolok, sekdalah kita nanggar nama “MALAYSIA” dalam peta dunia.
Ada pun pembangkang, diperlukan dlm parlimen adalah sebagai check and balance ajak. Tapi kinek tok, pembangkang dah ibarat “Singapura 65” yang cuba mempersoal setiap perkara dalam perlembagaan kita. Mun zaman Tunku Abdul Rahman, kali siap2 dak tok dah disuruhnya keluar dari Malaysia.

Selalu jak sidak tok menimbulkan isu kesamaan antara kaum, bait dari segi ekonomi, sosial dan politik. which is kinek tok, banyak nemiak kita dah lupak ASAS Malaysia ya macam ne.

Semua benda tok dah ada dalam Perlembagaan Malaysia yang sepatutnya diikut, bukan nya di ubah secara total kerana perubahan secara total akan merosakkan struktur masyarakat kita.

Apa yang jadi kinek tok= ROJAK. kerana pakatan yang dipolah sebenarnya menuju towards objektif yang berbeza-beza. akhirnya sikkan ada kata putus. ding-dong kedak ya ajak.

On the other hand, sidak Barisan Nasional bergerak atas dasar yg sama, iaitu MALAYSIA. bukanlah kerana Barisan ya kerajaan tapi kerana SAYANG. tok lah pemegang sebenar ASAS Malaysia. sekiranya terbalit Malaysia tok waktu election yang akan datang, kita pun sik tauk mcm ne jadi dengan Malaysia. UNLESS, pembangkang stick dengan apa yg dah ada dan meneruskan agenda kerajaan waktu tok.

Sememangnya, bila dah jadi pemimpin besar kita sikkan terlepas dari cubaan. semestinya 3-Ta ya. Bukan urg kinek jak tauk, tok adalah kata-kata hikmah dari zaman para Nabi dolok lagik… ada wanita, ada takhta, ada harta…. maka ujian nya pasti ada.

Bersambung….

 

 

Advertisements

charitable

Posted in general

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Instagram
May 2018
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
yg lepas
%d bloggers like this: