Drama Malaysia Baru

Berlalu PRU14, BN ditulak mantak² oleh dak Malaya. Kedak ya juak di Sabah dan sebahagian lagik di Sarawak.

Kemunculan Pakatan Harapan ditanggar mbak sinar baru politik Malaysia.

Tapi bg aku, ia lebih kepada ‘correction’ yg coba dipolah oleh Tun Mahathir lepas 15 tahun nya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

1998, Tun muang urg paling kanan nya- Anwar Ibrahim. Terpalit di nama Anwar ibrahim cerita ‘pelik’ yang susah dipercayak.

Anwar hebat berpidato, menentang habis²an Dr Mahathir sampe nya disumbat dlm penjara dan menubuhkan parti ’reformasi’- Parti Keadilan Rakyat (PKR) utk menentang parti BN yg diketuai Mahathir waktu ya.

Terpecah lah Umno atau kata lain Melaya kepada dua puak besar.

Dalam satu pilihan raya umum sekitar tahun 2003, dah nampak bibit² perpecahan umum di semenanjung.

Bertuah sekali BN kerana di Sarawak urg masih sik ambik endah politik Semenanjung. Nyata Peti Undi Sarawak amat berharga. Waktu ya…

Pasca-Era Dr Mahathir, nya meninggalkan legasi kepimpinan 22Tahun nya dgn Tun Abdullah Ahmad Badawi sepenggal, Lepas ya Najib Razak untuk dua penggal.

Tun Mahathir madah: GAGAL.

Waktu Pak Lah, Tun Mahathir dah awal² nulak idea Pak Lah. Bukan setakat ya, Pak Lah jelas ditulak pengundi bukan islam. Faktor utama nya “persepsi”.

Bila Najib takeover, Tun M kembali ke UMNO tp sik lamak juak bila Tun dpt nanggar Najib pun tersasar dr landasan Tun.

Apa justification Tun M sbg ‘tersasar’? Semestinya Wawasan 2020 yg diilhamkan Tun. Sidak tok hilang focus ke arah wawasan ya. Semua gago dgn program dan agenda masing² utk mentransformasi Malaysia mengikut acuan masing².

Dengan limpah dan Rahmat Allah s.w.t. Tun Mahathir inshaa Allah akan bersama-sama dgn kita menjejak kaki ke tahun2020.

Dlm umor 93 thn, Tun Mahathir terpaksa mengorbankan sisa usianya pakey molah correction untuk Malaysia.

Bagi aku, PRU14 telah mengonfirmkan bahawa protegē terbaik Tun Mahathir adalah Anwar Ibrahim walaupun nya suka atau sik suka.

Malaysia amat mengkagumi chemistry Tun M dgn Anwar Ibrahim dolok. Tapi terkejut juak tiba² pande jadi ada conflict.

Maaflah, mun ada sesiapa yg tersinggung membaca tok- kejayaan PH PRU14 berpunca dari juragannya, Tun M.

Strateginya berkesan. Bagi aku, apa yg dipakey BN, yalah di duplicate oleh Tun M. Experience luasnya dlm selok belok pilihanraya dipakey nya utk nya kembali.

Nya pun dah awal2 madah, PM nya hanya cukup separuh penggal.

Cukup pakey nya on track ke wawasan 2020, dah syukur baginya.

Flagship 2020 nya dah hampir berjaya sbnarnya tinggal sikit gik. Tp pada masa yg sama perkembangan arus teknologi semasa juak turut menekan kejayaan wawasan 2020.

Gine kita di Sarawak?

Rami urang Sarawak terkejut dengan perkembangan terbaru tok. Ada yg melebel tsunami, ada melabel reformasi, ada yg melebel dah sampe masa utk berubah juak.

Sabar, jgn mudah gelojoh. Kita ada ‘stand’ kita pun dan sik perlu terikut² fenomena di Semenanjung.

Urg rami yakin ‘suara rakyat’ makin kedengaran. Tapi ingat jangan mudah percayak.

Di zaman moden tok, suara yg kecik mampu di ”amplified” kan oleh microphone. Effect semua ada, mauk echo, maok distortion, pitch effect, semua boleh…

Originality nya boleh hilang. Jadi jangan mudah nak percayak. Kadang² kuah lebih banyak dari nasik.

Apa yang perlu kita sedar, kita di Sarawak nyata dah terpinggir. Bait kita di Barisan mahupun di Pakatan. Sama ajak. Peti Undi kita bukan lagik deposit.

Unless ada 2nd wave datang dlm tempoh 5tahun lagik kelak, baruklah kita tok jadi ‘judi’ besar.

Pengikut pakatan tengah excited nyelak sidak Barisan, ne janji? Ne pembangunan? Ne apa lagik.

Urg barisan yang kalah mental pun bersaut persoal janji manifesto pakatan harapan sidak. Mulalah berejap siang malam sik puas hati.

Toklah kelemahan adik kakak kita. Nya bukan taksub tapi LOBA. Pengesak ati, rasa best.

Tok bukanlah masa bercerita hal sapa janji sapa sik. Tok masa utk reconstruct Sarawak utk bertepatan dengan situasi sebenar. Kita dah bersendirian.

Kita ada masalah dgn ancaman ‘ideologi’ dari luar dan dalam. Dak melayu dah lain cerita, dak cina dah lain cerita, dak dayak dah lain cerita.

Semua masang cita² utk control satu sama lain. Masing² masang jerat. Kelak² yang tumbang bukan urg lain, samadirik kita Sarawak.

Masing² mbak bengkeng kata urg.

Tambah lagik rasa cemburu yg menebal kerana perbezaan politik.

Ada juak cubaan dari luar utk memporak perandakan kita dalam Sarawak tok. Bagi sesetengah, amat suka cerita nok nyelok hak urg mcm tok.

Bagi daknya bagus di pecah sebab nya sik suka urg kaya sorang kali. Kali nya berminat nak kaya kedak ya juak kali. Terima kasih jak, jelas gilak, kau dengan nya sama juak. Tamak haloba.

Bukan cerita Robin Hood tok, merompak pakey org miskin. Niat sik pernah menghalalkan cara. Robin Hood dah sik mampu nk dlm wujud dunia moden tok.

Heroic ya memanglah heroic, tapi adakah urg sebait ya dalam dunia moden kinek tok? Moral urg kinek tok semua maok ada in return.

Sengaja mencarik aib urang ya bukanlah urusan yang bagus. Kita tok nampak bagus tuhan gik nk napok. Sik ku bulak, mun tuhan nk nampak kan aib kita kedak kita mendedahkan aib urg, rasa ku tersungkor kita kali. Jgn dicoba brg mcm ya.

Mun dah salah tetap akan salah. Kita percayak ngan Tuhan, selagik aib nya terjaga boleh jadi ada hikmah di blkg nya. Sabar ajak. Reta dunia sik ke sine juak.

Tinggal Abg Jo, Chong dan Baru

Bagi aku, ada baiknya diketepikan politik kepartian melampau buat masa tok dan masa akan datang. Bukan juak kebisingan suara rakyat yang harus didengar secara total. Tapi keharmonian ya harus dijaga. Stabiliti bumi bernama Sarawak tok perlu ada.

Nama pemimpin di atas bertanggungjawab atas set komuniti yang dijaga masing². Sekiranya keharmonian dapat dicapai, sik perlu nak binggung apa nak jadi dengan Sarawak utk berdekad akan datang.

Bukan senang nk jaga Sarawak tok tp ikutlah cara urg ninggal Adenan Satem, yang aku rasa method yg sama dipakey oleh Tun M untuk menawan hati anak Malaysia.

Sidak duak pun approach dgn nyelam sambil minum apa rasa hati rakyat, menurunkan status protokol untuk hargai setiap satu rakyatnya. Berkesan dan terkesan.

Rasanya untuk jadi seorg pemimpin yang approachable, sik dpt dimbak gilak palak straight ya. Maok ada gila² baruk senang blend in dlm masyarakat.

Dah nya perlu bertimbang tara walaupun sik sependapat. At the end of the day, nama Sarawak juak yg perlu dijaga. Sekiranya tok di tanam, bab apa² yg jadi di sebelah nun ibarat masok telinga kerek keluar kanan ajak.

Bagi aku sekda salah sidak tiga tok untuk bersatu demi Sarawak.

Bak kata aku tadik, Melayu-cina-dayak tengah bertulak samadirik time tok. Last² semua sama-sama tergugok. Urg lain tepok tangan.

Ditambah lagik perencah extra followers² sidak. Nok tauk cerita ujong pun nk masok ke tengah juak.

Bagi daknya ok jak kuah tambah, tapi sik pernah mikir kesan. Dolok cerita kedei kopi, abis kopi abis story. Kinek tok, sik nya sampe sia ajk. Mun lagik dpt diulas, diulas urg sampe mati. Power of social media…

Apa-apa Pun….

1. Kita semua terbabit dalam sebuah plot drama Malaysia. Undi kita dipergunakan untuk merealisasikan matlamat. Matlamat apa, ya sendiri lah menilai. Mun rasa dpt manfaat baguslah, mun rasa diperguna redha jak lah.

Mun ekot, undi kita sekda harga. Berapa jk sora dpt dikeluar dgn satu pangkah. Yang berkepentingan yg membuatkan rasa suara pangkah ya kuat.

Kita tok ada yg memilih kerana parti, persepsi dan emosi. Kebarangakalian nya tetap seimbang. Keputusan akhirnya, semuanya bergantong dgn siapa yg pande makei element² tok.

2. Sik dpt dinafikan kekuatan internet mampu mengubah mindset masyarakat dengan MUDAH. Kinek tok ingat jak prinsip tok:

What they saw, is what they know

Jadi sapa dolok membangkitkan isu di internet, nyalah champion.

Mun cerita si A madah si B jaik keluar di internet dolok, lepas ya baruk si B nk defend nya pun. 90% risk si B di label jaik adalah nyata.

Mun Si B nak jaik Si A lepas cerita ya keluar, sik payah jak. Sekda urg nak percayak. 100% risk si B dilabel jaik.

Tapi mun si B teruskan ajak defend nya pun dgn play humble and expose diriknya sebenar, sik payah nk jaik sapa² dgn move on, chances utk dilabel jaik akan sendiriknya lupus kerana prinsip yg sama.

Sebenarnya byk idea nak dicerita. Bukan apa suatu hari kelak tulisan mcm tok boleh jadi rujukkan sungguhpun nya dalam bahasa Sarawak…

Wallah wa’lam…

Advertisements

charitable

Posted in general

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

May 2018
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
yg lepas
%d bloggers like this: